Welcome! سلام

“jika langit adalah
lembaran kertas dan lembayung senja adalah tinta emas,
maka semoga tinta itu akan menuliskan semburat
yang tersembunyi diantara arak-arakan awan kepada langit,
agar dia mampu meng'ejanya








Minggu, 26 Agustus 2012

Kehebatan Seorang Wanita



Wanita tidah hanya mempunyai keindahan yang tercipta ,
tapi wanita juga di ciptakan dengan kehebatannya , seperti ini ::

^Kehebatan Seorang Wanita^

~ Seorang wanita solehah adalah lebih baik daripada 70 orang wali.

~ Seorang wanita solehah adalah lebih baik daripada 70 lelaki soleh.

~ Seorang wanita yang jahat adalah lebih buruk dari pada
1,000 lelaki yang jahat.

~ 2 rakaat solat dari wanita yang hamil adalah lebih baik
daripada 80 rakaat solat wanita yang tidak hamil.

~ Wanita yang memberi minum susu kepada anaknya
daripada badannya  (susu badan) akan dapat satu pahala
daripada tiap-tiap titik susu yang diberikannya.

~ Wanita yang melayan dengan baik suami yang pulang
ke rumah di dalam keadaan letih akan mendapat pahala jihad.

~ Wanita yang habiskan malamnya dengan tidur yang tidak selesai
kerana menjaga anaknya yang sakit akan mendapat pahala seperti
membebaskan 20 orang hamba.

~ Wanita yang melihat suaminya dengan kasih sayang dan
suami yang melihat isterinya dengan kasih sayang akan
dipandang Allah dengan penuh rahmat.

~ Wanita yang menyebabkan suaminya keluar dan berjuang
ke jalan Allah dan kemudian menjaga adab rumahtangganya akan
masuk syurga 500 tahun lebih awal daripada suaminya, akan
menjadi ketua 70,000 malaikat dan bidadari dan wanita itu
akan dimandikan di dalam syurga, dan menunggu suaminya
dengan menunggang kuda yang dibuat daripada yakut.

~ Wanita yang tidak cukup tidur pada malam hari kerana  
menjaga anak yang sakit akan diampunkan oleh Allah akan
seluruh dosanya dan bila dia hiburkan hati anaknya  
Allah memberi 12 tahun pahala ibadat.

~ Wanita yang memerah susu binatang dengan "Bismillah"
akan didoakan oleh binatang itu dengan doa keberkatan.

~ Wanita yang menguli tepung gandum dengan "Bismillah",
Allah akan berkatkan rezekinya.

~Wanita yang menyapu lantai dengan berzikir akan mendapat
pahala seperti menyapu lantai diBaitullah.

~Wanita yang menjaga solat, puasa dan taat pada suami,
Allah akan mengizinkannya untuk memasuki syurga
dari mana-mana pintu yang dia suka.

~Wanita yang hamil akan dapat pahala berpuasa pada siang hari.

~ Wanita yang hamil akan dapat pahala beribadat pada malam hari.

~ Wanita yang bersalin akan mendapat pahala 70 tahun solat dan
puasa dan setiap kesakitan pada satu uratnya Allah mengurniakan
satu pahala haji.

~ Sekiranya wanita mati dalam masa 40 hari selepas bersalin,
dia akan dikira sebagai mati syahid.

~ Jika wanita melayan suami tanpa khianat akan mendapat
pahala 12 tahun solat.

~ Jika wanita menyusui anaknya sampai cukup tempoh (2 tahun),
maka malaikat-malaikat dilangit akan khabarkan berita bahawa
syurga wajib baginya.

~ Jika wanita memberi susu badannya kepada anaknya yang
menangis, Allah akan memberi pahala satu tahun solat dan puasa.

~ Jika wanita memijit suami tanpa disuruh akan mendapat pahala
7 tola emas dan jika wanita memijit suami bila disuruh akan
mendapat pahala tola perak.

~ Wanita yang meniggal dunia dengan keredhaan suaminya
 akan memasuki syurga.

~ Jika suami mengajarkan isterinya satu masalah akan mendapat
pahala 80 tahun ibadat.

~ Semua orang akan dipanggil untuk melihat wajah Allah di akhirat,
tetapi Allah akan dating sendiri kepada wanita yang memberati
auratnya ia itu memakai purdah di dunia ini dengan istiqamah

Tidak ada komentar:

Posting Komentar